Tuesday, May 16, 2006

Mission : Impossible III (2006)


Went to see M:I III last Monday. Sanggup ambik MC semata2 nak tgk cerita ni. Well, Poseidon tak begitu menarik minat aku compare to this film. Seblm masuk panggung, aku tak mengharap apa2 yg special utk film ni, and I know it's going to be action packed samalah mcm M:I II dulu. Rasanya malas pulak nak buat sinopsis utk film ni, biasalah tembak2...bom2...stunt2....etc. Tapi aku seperatekan review aku ni pada dua column :
Yg Best
* Team IMF kali ni lebih best. Kalau M:I II dulu lebih nampak Ethan dan Ving egro gemuk tu aje, kali ni semua member2 dia best2 belaka. Sorang perempuan Cina yg cool, Maggie Q, dan sorang lagi mamat hensem, Billy Crudup, lebih kurang mcm Tom Cruise jugak size badannya. Teamwork kali ni lebih berkesan dan pengikutnya setia, tak mcm M:I pertama dulu. Mereka sanggup menggadai nyawa semata2 nak menolong Ethan menyelamatkan isterinya yg kena culik.
* Villain yg paling cool. Rasanya inilah kali pertama aku tgk lakonan Philip Seymour Hoffman (aku blm tgk Capote!), and dialah villain yg paling cool compare to part 1 & 2. Dan dia juga ada sikit psycho!
* Bini Ethan Hunt, lakonan Michelle Monaghan, yg aku rasa lebih lawa dan geram berbanding real-life partner Tom Cruise iaitu Katie Holmes.
* Of course, adegan action, tembak menembak, letupan bom semua tak perlulah dipertikaikan. Paling best waktu Ethan lompat and free-falls from a building about 15m. Sampai member aku yg memang nak terkencing dari mula cerita, terpaksa tahan kencing sebab taknak terlepas apa2 scene pun dlm film tu!
* Kat Shanghai ada sign board Malaysia Airlines System (MAS) kat sebuah building.
* Cara2 nak buat topeng menyamar yg lebih teliti drp M:I 1 and M:I 2. Topeng2 menyamar ni dah sinonim la dlm M:I series ni. Rasanya tak lengkaplah kalau takde penggunaan topeng nih...!
Yg Tak Best
* The opening M:I theme yg aku rasa kurang menyengat. Aku prefer M:I II yg lebih cool, waktu Ethan mendaki gunung.
* Jalan cerita yg biasa aje, kewujudan misteri "Rabbit Foot" tu taklah begitu special sgt pada pandangan aku. Aku teringin tgk 'twist' yg lebih intelligent sikit dlm M:I. sebagaimana part 1 of M:I.
* Love story antara Ethan dan Julia hingga membawa pada perkahwinan, Mungkin director nak seimbangkan sikit action scene dia. I mean kalau takde love scene, mesti 100% action aje. Tapi sepatutnya team2 member M:I tak patut ada relationship or ber'spouse'. Hasilnya, Julia di kidnap oleh Owen Davian (Philip Seymour).

* I want more Maggie Q...!
Overall, aku rasa film ni akan memuaskan hati peminat2 filem action. Aku bagi : *** 1/2 / *****

No comments: