Sunday, May 07, 2006

Yesterday's News...

Berita Harian 07 Mei 2006

CHERAS: Seorang ibu muda yang sedang menyusukan bayi perempuannya berusia lima bulan mati ditikam di depan dua lagi anaknya, di ruang tamu rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hiliran di sini, tengah malam semalam.

Hazmah Mohamad, 24, ditemui berlumuran darah, tersandar pada dinding rumahnya di tingkat tujuh flet berkenaan, sambil memangku erat bayinya yang sedang menyusu badan, pada jam 12 malam.Ketika ditemui jiran, keadaan Hazmah yang berlumuran darah, tenat dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, tetapi dipercayai meninggal dalam perjalanan akibat pendarahan.Difahamkan sebelum kejadian, jiran yang enggan namanya disiarkan, terdengar mangsa bertengkar dengan seorang lelaki, diikuti jeritan meminta tolong. Mereka pergi menyiasat dan menemui Hazmah berlumuran darah.
Pada masa sama, seorang lelaki keluar dari rumah itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil memegang pisau dengan kesan darah, terus melarikan diri ke arah tapak pembinaan bersebelahan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Hasnan Hassan, berkata siasatan mendapati tikaman terkena jantung mangsa yang dipercayai menjadi punca kematiannya.“Polis melancarkan gerakan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun beberapa jam kemudian di kawasan pembinaan berhampiran, pada jam 7 pagi. Polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Turut ditemui alat menghisap ganja,” katanya di rumah mayat HUKM di sini, pagi semalam.

Komen

Aku rasa jantan ni kalau dah didapati bersalah, kita patut hukum ikut prosedur sgt. Kenapa tak try hukum dia mcm dlm filem Saw or Saw 2. Cth : Kasi dia tidur, buat operation masukkan anak kunci dlm mata dia. Pasangkan sangkar bermangga atas kepala dia dan akan meletup dlm masa 5 minit. Kalau nak bukak sangkar tu, korek bijik mata kau sebab anak kunci dlm mata kau tu. In case dia berjaya dpt bukak jugak setelah mengorek biji mata dia, kita tembak jugaklah kasi mampus. Memang tak berguna hidup kat dunia ni. Sanggup bunuh
isteri depan anak2, worst of all masa tgh menyusu pulak tu…!
*sigh… *
P/S : Been quite busy and tiring last weekend. Takde chance langsung tgk apa2 DVDs.

No comments: