Thursday, May 25, 2006

The Mrs. Henderson Presents (2005)


Cast :
Judi Dench
Bob Hoskins
William Young (II)
Christopher Guest
Kelly Reilly
Director :
Stephen Frears
"The Show Must Go On But The Clothes Must Come Off!".
Live Nude Girls…! Jomlah kita beramai2 tgk pementasan Mrs Henderson ni, mmg best, teater berlagu dgn background perempuan2 yg berbogel! Sukanya aku…pasti meletup!

Mengisahkan Mrs Henderson (lakonan Judi Dench), org tua separuh umur, yg baru kematian suami yg seorg jutawan, membawa diri ke London dan membeli sebuah teater. Dia ni takde apa2 experience tentang teater ni but minatnya sgt mendalam dlm bidang teater. Dia meng’appoint’ seorg manager, Van Damm (bkn Jean Claude Van Damme! Lakonan Bob Hoskins), utk menguruskan semua hal2 yg berkaitan dgn pementasan. Semangat dan kerajinan Van Damm telah membuatkan teater Mrs Henderson ni iaitu Windmill, telah mendapat sambutan yg hangat.

Mrs Henderson mendapat satu idea utk melariskan lagi teaternya, iaitu semua pelakonnya harus “topless”!
Idea yg gila jugak utk zaman tu. Setelah bertungkus lumus utk mendptkan approval utk pementasan nudenya, akhirnya government sana meluluskannya, dgn syarat artis2 nude tak boleh bergerak…kena kaku aje. Musical teater Reviudeville, pun mendpt sambutan yg menggalakkan. Yg paling menyinar ialah seorg actress bernama Maureen, dgn wajahnya yg jelita, mampu memikat & mencairkan penonton2 especially lelaki!

Suddenly, London dikejutkan dgn Jerman invasion, World War 2 kalau tak silap aku. Negara dilanda ketakutan but the show must go on. Teater Windmill berjasa jugaklah utk askar2 Britain, dgn memberi askar2 tersebut hiburan utk mereka seblm meneruskan perjuangan menetang Jerman. Berbagai2 tragedi juga melanda teater tersebut sepanjang peperangan tersebut sehingga kerajaan memaksa teater itu ditutup, namun mendpt bantahan drp askar2.

Kekuatan filem ni adalah pada lakonan Judi Dench dan Bob Hoskin. Bob Hoskin berjaya membawa watak sbg manager/director teater dgn berkesan, sebagaimana dia membawa watak ketua gangster dlm Unleashed dulu. Wataknya yg tegas dan bersemangat patut diberi pujian. Dia jugak sanggup utk berbogel dlm salah satu scene dimana pelakon2nya mencabar dia utk berbogel! Terkejut jugak tgk, coz aku tak pernahlah tgk dia berbogel top to bottom seblm ni. Judi Dench as always, juga menyinar walaupun semakin hari semakin kecut aku tgk dia ni. Watak Judi ni seorg yg unpredictable, but mainly dia adalah seorg janda yg inginkan hiburan dan benci kemurungan. One time dia jealous terhadap Van Damm sebab memperkenalkan isterinya kpd dia. Tak sedar2 diri dia tu dah tua, ada hati jugak dgn Van Damm.

Mrs Henderson sebenarnya mempunyai motif yg tersendiri utk menghasilkan nude teater ni. Tapi korang tgk sendirilah, coz taknak bg spoiler. Dlm filem ni jugak aku dpt satu general information iaitu the word “pussy” digunakan sejak mid of 19th century lagi….he, he…

Aku bagi : *** ½ / *****



2 comments:

Saudagar Mimpi said...

Penantian dah berakhir. Album Sang Pencinta sudah ada dipasaran! Boleh la buat review album tu nanti.

Lord Vorphalack said...

betul ke...?

aku suruh tauke kedai CD tu call aku bila album tu release, tapi dia tak call pulak!

tunggu...!