Tuesday, May 23, 2006

Prepare to be "Mysterised"...!

Pernah tgk Misteri yg disiarkan pukul 11.30 mlm di TV3 ? Mmg aku ni pantang sikit kalau dgr filem seram dan hantu ni. So, aku try la tgk siri ni. Siri pertama yg aku tgk ialah time “Pau Suri”, itupun sebab trailer dia mcm best aje. Apa yg aku tgk, it is a very dissapointing siri, cerita yg takde point apa2. Ia mengisahkan seorg penjual pau yg mati kena bunuh, and menghantui penduduk2 sekitar kawasan berkenaan. Ada la minah 2 org yg tinggal bujang ni yg kena sakat dgn entiti ni. Mula2 timbullah sebungkus pau dirumah sewa mereka yg tak tau siapa yg membelinya. Makan punya makan, punyalah sedap rasanya. Yg kelakarnya, walau mcmmana habis & licin pun pau yg mereka makan, pau tu akan muncul lagi. Yg aku herannya 2 org mangkuk, tak pelik ke tgk pau tu asyik2 mucul kat rumah mereka, instead diaorg tala jugak pau tu sekenyang2nya. Adalah 4, 5 kali pau tu muncul, bukan satu, satu beg plastik pulak tu. In the end pau tu bukanlah kuih yg sebenarnya, ttp serpihan batu nesan dan sekumpulan cacing (eeei…terkejutnya aku!)

Entah kenapa aku ni masih tak puas hati pada siri tu and trylah tgk minggu yg berikutnya. Kali ni pasal bengkel berhantu pulak. Bosan tahap cipan betul….siri yg berikutnya pasal motor berhantu pulak. Aku tak taulah kenapa aku masih berminat nak tgk siri ni. Mungkin sebab lawak jenaka yg dipaparkan, walaupun this film not intended to tell jokes, but I find it quite amusing. Paling aku letih ialah mendengar suara latar siri tu, tak taulah pakai suara siapa, but this guy’s voice berusaha keras betul nak menakut2kan penonton. Lagu latar pun tak payah ceritalah, punyalah seram tak setimpal dgn hantu or bayang2 yg muncul.

Formula siri ni senang aje…carilah apa2 item utk dijadikan benda berhantu. Kuih pau lah…bengkellah… motorlah…lepas ni sure telefon berhantu or payung atau papan seterika (ironboard…he, he…) yg berhantu pulak. Cerita pasal drama/siri seram ni, teringat aku dulu2 TV3 selalu menayangkan dlm slot cerekarama, siri2 seram yg betul2 seram. I remember quite a few times jugak dia ada buat siri style twilight zone. Maksud aku selama 2 jam tu ada 3 siri pendek di dlmnya. Mmg ada kisah telefon berhantu, kampung berhantu, org main ilmu hitam dan sebagainya. And there’s one siri titled “Novel”, well siri ni mmg 2 jam, kisah sorang novelis yg nak mencari idea, dan menyewa sebuah rumah di perkampungan yg sunyi. Scene yg paling takut, waktu he hears someone knocking at the door and when he opens, timbullah satu lembaga yg mmg muka mengerikan, penuh darah di muka. Takdelah mcm darama Misteri ni, yg kalau ada adegan yg sama, mesti bila dia bukak pintu, takde apa yg muncul, paling kuat pun mesti asap aje yg timbul. Apa2 pun siri cerekarama seram dulu2 di TV3 mmg seram. Hantu mmg muncul depan mata, takde menyorok2 or bayang2.

Terpaksalah, terima hakikat bahawa skrg ni unsur2 tahyul, seram ada garis panduannya. In fact, terlalu bnyk restriction dlm industri hiburan ni especially perfileman. Simpati jugak pada nasib Lelaki Komunis Terakhir dimana dah lepas LPF, tapi kantoi pulak melalui KHEDN. Tahap keterbukaan kita dlm hal ini mmg menjadi persoalan dan memalukan in my opinion. I mean, takkanlah filem arahan Prof Razak/David Teoh aje yg disajikan pada penonton ? Mmg filem2 mcm ni laku, kerana majoriti org M’sia suka this type of film. Tp mcm mana dgn the other golongan yg nakkan pembaharuan dlm filem ? Kalau semua filem2 oleh pengarah2 generasi baru ni dibanned, then we have no choice to layan filem luar ajelah. Very sad.

2 comments:

Anonymous said...

I love your website. It has a lot of great pictures and is very informative.
»

AkaZukii ChaCha said...

like to tell u a secret...the sole reason the series turned out to be so lame, is purely because of the budget constrained the production has to live by with. i know this because i was involved in the production once....and owh, the narrator's voice is intended to be that way...seemed to be to only suitable voice for this series...missssssteri neways, u still watch it no matter how lame it is..so the formulae works..:-)