Last Sabtu & Ahad adalah hari yg paling busy so far in 2006 for me. Adik ipar aku melangsungkan perkahwinannya dgn jejaka pilihannya yg berasal dr Perak. Well di area rumah mertua ku, it is more like kampung style dimana semua kawasannya bergotong royong jika ada apa2 majlis perkahwinan or apa2 majlis lain pun. Ini berbeza dgn area kawasan aku yg lebih kpd jiran2 tak ambik peduli dan tak menolong. All the jobs 100% caterer yg uruskan & buat di dewan saja. So mmg dah expect yg aku dan isteri akan 100% letih sbb semua tenaga kena kerah! Tlg basuh pinggan la...tolong sambut tetamu la...tlg angkut pinggan, gelas...basically, tlg tgk agar majlis berjalan lancar.
Sabtu 27th, lepas Asar, majlis pernikahan dan lepas Isya' pulak adalah majlis berinai. Dan esoknya, hari persandingan kedua mempelai. Next week pulak aku akan berangkat ke Perak kerumah pengantin lelaki pulak.
Pengantin lelaki : Mana ibg ipar Iron Board aku ni, kata nak perturunkan "ilmu" kat aku!
Lepas ni ada sorang lagi adik ipar aku yg rasa2nya bakal nak kahwin jugak. Aduh...tlg la lambat2 sikit coz aku nak rileks. Rasa2nya badan aku ni akan lenguh2 dan sengal2 seminggu dua nih...!
Anyway, walaupun penat, aku gembira jugak la kerana majlis berjalan lancar, meriah dan takde apa2 yg diingini berlaku. "Selamat Pengantin Baru" pada adik ipar aku dan semoga berbahagia ke anak cucu!
Rasalah kau kena basuh pinggan mangkuk periuk belangan lepas nih!
No comments:
Post a Comment