Tuesday, September 05, 2006

The Fast & the Furious : Tokyo Drift (2006)





Fast & the Furious : Tokyo Drift berbeza dgn filem2nya yg lepas iaitu Fast & the Furious dan 2 Fast 2 Furious. Takde elemen2 polis dan jenayah yg berat terbabit, tapi it is just purely race, balas dendam dan awek2 sesama racer.

Mengisahkan Sean Boswell yg tinggal dgn maknya. Dia ni kira budak nakal la…selalu carik pasal, gaduh dan mcm2 hal lagilah sampai mak dia pun pening kepala. Minatnya bagitu mendalam dlm bab2 kereta ni, dan satu hari dia dicabar oleh seorg pelajar kolej yg perasan macho utk ber’race’ dgn girlfriend nya sebagai taruhan. Kedua2nya cedera dlm perlumbaan tu, and so happen mamat macho tu adalah anak kepada ‘somebody’ yg berkuasa di area tu. Kira Sean carik pasal dgn anak VIP la sehingga jadi kes polis. Insiden ni membuatkan dia terpaksa ke Tokyo utk tinggal dgn bapanya, kerana dia tak tak boleh bersekolah dimana2 tempat lagi di kawasannya.

Di Tokyo, setelah bertemu dgn bapanya, Sean di expose oleh sorang kawan negronya mengenai dunia race kereta haram yg memang canggih2 model dan designnya, kalah kereta2 yg datang dari negara asalnya sendiri. Dia bertemu dgn sorang awek yg sama “gaijin’ dgnnya. Nak tau apa “Gaijin”…??? Well, gaijin adalah org luar ikut gelaran mamat2 race Tokyo ni. Awek yg dia ngorat tu actually awek kepada Tokyo Drift King, a big name dlm race haram kat sana dan merupakan anak kepada ketua Yakuza. Sean carik pasal once again. Actually skill Sean tak sama dgn mamat2 Tokyo ni, kerana mereka lebih kepada teknik “drift” atau apungan which dia ni tak biasa langsung. Mujurlah ada Han, member kepada Drift King, yg bnyk tunjuk ajar tentang teknik ‘drift’ ni kepada Sean dan seterusnya mencabar king tu. Ada la terselit isu hutang Sean dgn geng Yakuza dan sebab inilah yg memaksa dia melangsaikan hutangnya dgn cara ‘race’ dgn DK ni ! Han pun sebenarnya ada isu dgn DK (Drift King) ni, pasal tu la bersungguh2 mengajar mamat ni utk mancabar DK!


Tapi dari segi originality, memang takde, kerana bila tonton filem ni seolah2 menonton filem Initial D kerana babak2 race di selekohnya. Hero juga ada bapak yg minat tentang kereta, cuma taklah mendalam mcm bapak dlm filem Initial D. Kita didedahkan dgn cara hidup Tokyo di kaca mata pelumba haran di sana. Unsur2 kereta canggih2, awek2, lagu2 hip hop/disco mmg tak dpt dielakkan dlm filem ni. Kira sedap la mata memandang tgk awek2/amoi2 Tokyo yg seksi2 berkumpul dan berpesta sesama mereka. Dlm filem ni seolah2 awek2 ni semua yg big boobs aje, padahal kalau tgk dlm filem2 biasa yg lain, mereka ni semua boobs kecik aje…he, he…dah mula melalut aku ni.
Filem ni mmg exciting dan entertaining, tapi agak slow pada pertengahan cerita waktu Sean belajar mengenali bandar Tokyo dan kereta dgn Hans dan konflik cinta tiga segi nya. Ending filem ni diakhiri dgn babak race antara Sean dan D.K. Babak ni yg menariknya adalah takde apa2 effect cth CGI yg digunakan. Ianya purely good old race style. Superb! Ada kejutan pada ending filem ni iaitu kemunculan Vin Diesel!!! Nak tau apa dia buat, tgk ajelah filem ni.

Despite ketiadaan actor2 glamour, Lucas Black berjaya potrays sebagai seorg teenage yg ada masalah moral. Mukanya tak lah sehensem mana, tapi fit betul dgn wataknya sbg budak nakal. Black has the common guy look yg biasa dgn kerja2 workshop dan minat tgk perlumbaan Nascar, tambah pulak dgn accent Texas/Alabama dia tu. Babak yg dia paling hensem ialah waktu dia tersenyum kat awek mamat yg dia cabar tu, siap dgn gigi patah berdarah lagi. Mmg muka nakal. While Nathalie Kelley adalah seorg actress yg baru dan tak bnyk aku tau pasal dia. Lakonan dia pun aku rasa biasa2 aje. Selain tu ada 2 actor Asia iaitu Bryan Tee dan Sung Kang which also good in their acting.

Oh ya, ada lagi pelakon yg worth the mention iaitu :

Ford Mustang digunakan oleh heronya. Walau setting nya is sooo Asian, tapi mesti ada unsur2 western dlmnya, cthnya kereta ni la…tapi dlmnya ada 2.6 litre Nissan Skyline engine which made this car is so powerful!


Mazda RX-7. Walaupun tak bnyk action membabitkan kereta ni, tapi ia merupakan kereta paling lawa dlm filem ni. Kereta ni dipakai oleh Han yg tlg memperkenalkan Sean pada dunia drifting. Mazda ni ada 1.3 litre rotary engine dan special and canggih work dari tuner popular Veilside.


Nissan 350Z. Gelap aje nampaknya. Tapi design yg menarik dan sgt sporty. Engine dlm is a 3.5 litre V6 turbo dan Nismo transmission. Mcm mana kereta ni boleh kalah dgn kereta Sean…??? Biasa la…haro mesti menang punya !





No comments: