Sunday, September 10, 2006

Silent Hill (2006)

Cast :
Radha Mitchell as Rose
Sean Bean as Christopher
Laurie Holden as Cybil
Deborah Kara Unger as Dahlia
Kim Coates as Officer Gucci
Jodelle Ferland as Sharon/Alessa
Director :
Christophe Gans
Filem ni adalah berdasarkan Playstation game, but honestly, aku bukanlah minat dan tak pernah try video game tersebut. Tapi aku memang terhibur dgn filem ni. Bukan pasal plot atau keseraman filem ni tapi more into kepelikan segala macam visual yg dipaparkan.
Filem ni start dengan budak kecil bernama Sharon yg mengalami sleepwalking (atau berjalan dlm tidur) sehingga membawak ke penghujung bukit. Mujur ibubapa angkatnya, Rose dan Christopher, berjaya menyelamatkan Sharon ni. Sharon mengalami penyakit sleepwalking yg sgt serious sehinggalah Rose nekad utk mengikut kehendak anaknya yg pernah menyebut tentang sebuah tempat bernama Silent Hill. Walaupun dihalang oleh husbandnya, Rose tetap berdegil membawa Sharon ke Silent Hill.
Sampai aje kat sana, bermacam2 perkara aneh yg Rose alami bermula dgn pertemuannya dgn seorg polis wanita yg juga menjadi sahabatnya sepanjang dia di Silent Hill, seterusnya anaknya Sharon hilang selepas kereta mereka terbabas semata2 nak mengelak seorg budak perempuan melintas jalan. Filem ni hampir keseluruhannya memfokus pada Rose yg berusaha mencari anak perempuannya dan dibantu oleh polis wanita yg aku sebutkan tadi, dan 2 org lagi perempuan yg juga hilang anaknya. Silent Hill dihuni oleh penduduk yg diketuai oleh Christabella, yg meracun fikiran penduduk2 supaya semua tunduk dan patuh pada arahannya. Kira macam ajaran sesatlah tu. Seorg budak iaitu Alessa telah dibakar hidup2 oleh Christabella semata2 kerana dia dirogol oleh seorg janitor, kononnya in order to purify her, Alessa terpaksa dibakar. Roh Alessa inilah yg menuntut bela atas kekejaman penduduk Silent Hill keatasnya dan menjadikan Sharon dan Rose sebagai pengantaranya.
As I say tadi, atmosphere filem ni sgt menarik. Yes, kadang2 korang akan rasa visualnya mcm video game, tapi most of the time, it is bizarre dan creepy. Ada sekumpulan toyol, ada serangga2 menyerang atau ada seorg slaughterman dgn parang panjangnya yg keep mengejar si Rose ni. Kadang2 tgk filem ni reminds me of Dark City which also dark atmospherenya, tapi filem ni lebih kepada horror fantasy while Dark City lebih kepada manusia yg diracun fikirannya. Maybe korang pernah dgr filem cult lama iaitu Eraserhead. Ha…kadang2 ada scene2 pelik yg mengingatkan aku pada filem lama David Lynch tu! Ataupun, ada juga elemen2 horror Asian cthnya sekumpulan nurse yg dah mati nak menyerang Rose. Cara mereka jalan dan approach Rose also mengingatkan aku pada filem2 Asian horror. Ada adegan flashback mengenai mcm mana Alessa dan ibunya teraniaya. This creepy flashback ni antara flashback yg terbaik pernah aku tgk, better than flashback yg terdapat dlm filem The Ring. Selain flashback tu, satu lagi scene yg creepy waktu seorg nurse yg mmg sengaja tak ditunjuk mukanya, dlm bilik operation dgn Alessa. Nak habis scene tu je barulah ditunjukkan muka nurse tu yg seram, terkejut beruk jugaklah aku! Pendek kata mcm2 pengaruhlah ada dlm filem ni.


Plot filem bknlah tunjang utama coz mmg banyak pengaruh filem Asian. Kisah2 membabitkan kanak2 dan ibu teraniaya selalu menjadi ramuan utk filem Asian horror. Filem ni juga ada ‘similarity’nya. Pada permulaan filem ni, actually aku start to think this is another Asian horror rip-off coz ada scene budak nak terjun bukit dan budak rambut panjang melintas jalan. Tapi don’t jump into conclusion yet because sebaik saja sampai ke Silent Hill, baru korang akan terpegun dgn apa yg berlaku. Sayang, ending filem ni seolah2 boleh diagak and again it is so Asian!

Penampilan terakhir Radha Mitchell yg aku tonton adalah dlm filem Phone Booth. Sebelum ni dia juga ada berlakon dgn Vin Diesel dlm Pitch Black. Memandangkan hampir semua scene ada dia ni, aku rasa dia done a god job in her acting. Tapi aku lebih prefer pelakon kanak2 dlm filem ni iaitu Jodelle Ferland yg berlakon sbg Alessa/Sharon, terutamanya version the dark side nya, meremang jugak bulu roma dgn suaranya tu!

No comments: