Friday, September 01, 2006

X-Men : The Last Stand (2006)


Cast :
Hugh Jackman as Wolverine
Patrick Stewart as Prof X
Halle Berry as Storm
Ian McKellen as Magneto
Famke Janssen as Jean Grey/Phoenix

Director :
Brett Ratner

Dah terlewat sgt aku nak review filem ni, tapi inilah hakikatnya…memang aku baru tgk X-Men – The Last Stand masa cuti merdeka yg lepas…! Mcm2 pandangan tentang film ni. Ada yg kata sentuhan Brett Ratner tak dpt menandingi those of Bryan Singer, tapi ada jugak yg kata filem ni setanding dgn filem X-Men dan X-Men 2. Well, pandangan aku pulak, filem ni really kick-ass! Sentuhan Brett sebenarnya, takdelah lari sgt dari Bryan Singer. Sama aje qualitynya. Aku rasa action scene dlm The Last Stand lebih menarik berbanding X-Men yg sebelum ni. Peperangan antara mutan baik dan mutan jahat, at least ada similarity dan selari dengan komik X-Men. Dlm sentuhan Bryan Singer, filemnya lebih mementingkan plot dan subject yg complicated, dan action scene yg ada mmg kurang. So, The Last Stand ni mengubat rindu aku menyaksikan semua mutant2 ni beraksi habis-habisan dan will satisfy komik book fans too.

Filem ni fokus kepada penghasilan “the cure’ (bukan band tu!), yg dpt mengubah mutan2 mejadi manusia kembali, dan seterusnya world will become a better place. Most of the mutan tak setuju about this, so Magneto ambik peluang ni utk meracun semua mutan2 utk menentang penemuan ni ! Kita diselitkan dgn kisah Jean Grey yg dah terlalu overuse her power dan menjadi Phoenix. Ini adalah idea writer komik Chris Claremont dlm komik X-Men nya episode “The Dark Phoenix”. Langkah Professor X utk menolong Jean Grey tak berjaya. Dia terbunuh, bukan dia aje malah Cyclops pun sama. Dgn kehilangan mereka ni, kuasa mutan baik semakin pudar dan mereka terpaksa meneruskan perjuangan menentang Magneto dan kuncu2 barunya yg lebih berkuasa.

Kontranya filem ni adalah aku mcm tak boleh terima kenyataan bahawa Prof X, Cyclops dan Jean Grey (?) mati. Aku juga tak boleh terima Magneto dan Mystique menjadi manusia kembali. Semua insiden2 tu membuatkan seolah2 mmg dah takde harapan lagi utk another sequel X-Men (they did mention X-Men will be a trilogy aje anyway!). But really aku harap akan ada lagi next episode of X-Men. Then aku bayangkan kalau komik X-Men pun jadi mcm tu, mesti dah takde seri lagi issue berikutnya. Lagi satu, ada juga babak2 mcm hindustan sikit contohnya babak Rogue cemburu, gaduh dgn Iceman dan larikan diri dan babak last antara Wolverine dan Phoenix. One word to describe The Last Stand, iaitu ianya sangat tragis. Namun gabungan tema "the cure" dan "dark phoenix" aku rasa terlalu suntuk utk dimuatkan dlm filem yg ber'duration' tak sampai 100 minit nih! Di sini aku includekan pendapat2 aku terhadap setiap character dlm The Last Stand ni :

Wolverine : Sekali lagi merupakan the main man. Namun begitu, appearance dia kali ni lebih kurang berbanding waktu X-Men 2 dulu. Anyway, mcm mana pun watak dia ni lah yg seolah2 mcm ketua kumpulan dari episod pertama sampailah ketiga ni. Kadang2 aku fed-up jugak dgn appearance dia yg terlalu expose. Mcm dia sorang ajelah yg paling kuat, ultimate dan supreme dlm filem ni membuatkan watak2 lain seolah2 tenggelam, padahal ada potential utk dikembangkan.

Professor X : Pun tak bnyk appearance kerana pertengahan cerita dah kena bunuh dgn Jean Grey atau her darkside iaitu Phoenix. Aku lebih suka kalau Prof X ni mati waktu last2 cerita.

Storm : Halle Berry dah kata dia nak bnyk peranan utk sequel ke3 ni, coz dlm episod pertama dan kedua, dia mmg tak bnyk peranan. Well, aku agree kali ni dia lagi bnyk appearance, sampaikan Prof X lantik dia utk ambik alih ketua sekolah Tapi mcm mana pun, aku rasa dia ni mmg takde what it takes to be Storm la. Entahlah, mungkin aku aje yg fikir mcm tu kot.

Beast : Watak yg baru diperkenalkan. Nama lain dia Dr Hank McCoy, sebagai representative antara manusia dan mutan. Dia ni lah sebagai org tgh dan pendamai antara manusia & mutan. Character Beast ni mmg sebijik mcm dlm komik cuma dlm komik kadang2 dia ni bersaiz sgt besar, depend siapa pelukis komik tu.

Cyclops : aku hampir terlupa nak mention watak ni. Baguslah dia kena bunuh dgn Jean Grey. Takde action drp dia dlm filem ni sebab dia terlalu tertekan dgn kematian Jean Grey. Watak dia ni mmg mcm buang masa aje dlm filem X-Men. Aku rasa James Marsden ni mmg tak sesuai pegang watak Cyclops. Also previous filem terlalu sibuk menonjolkan scandal antara Jean Grey dan Wolverine, so watak ni mmg patut dihapuskan.

Rogue : Ini lagi satu watak yg wasted dlm filem ni. Dia ni frust sebab Bobby Drake/Iceman dah mula bermesra2 dgn salah sorang lagi awek mutant. Rogue frust dan larikan diri. Dia berazam sungguh nak jadi manusia semula, tambah pulak mereka dah jumpa ‘cure’ utk tranform mutant menjadi manusia balik. Alangkah bestnya kalau dia pun join perang sesama mutant pada babak akhir filem ni.

Angel : Watak ni mcm sampingan aje. Tapi mainkan peranan penting sebab dia selamatkan presiden yg nak dibunuh oleh mutan2 jahat. Kalau dlm komik X-Men, watak Angel ni adalah antara watak2 awal yg dlm issuenya, tp dlm filem dia hanya muncul utk episod ketiga ni aje.

Magneto : Alahai Magneto, kesiannya dah jadi manusia balik. Tapi ending filem ni yg tunjuk Magneto main chess tanpa Prof X, ada hint2 yg something mysterious akan terjadi…sequel…? Kita tunggulah!

Mystique : Mengikut jejak ‘sifu’nya, jadi manusia kembali. Tp bezanya dia jadi manusia pada pertengahan cerita while Magneto jadi pada ending cerita. We can see Rebecca Romjin Stamos nude here…! Walaupun tak nampak tits, tapi nampakla her nice figure tu…!

Juggernaut : Appearance dia ni kira oklah…ada unsur2 funy sikit. Dia ni dilepaskan oleh Magneto sewaktu dlm tahanan, bersama2 dgn bnyk lagi mutan2 yg lain. Aku suka scene waktu dia rempuh dari dinding ke dinding waktu nak kejar Kitty Pryde.

Kitty Pride : Dilakonkan oleh actress muda, Ellen Page. Maybe watak mutan yg paling muda dlm fikem ni. Ellen page merupakan salah sorang promising actress, check out filem Hard Candy lakonannya.
Colossus : Aku feel that watak ni patut dikembangkan. Dlm filem ni takde apa2 memorable mengenai watak ni. Cuma dia menyumbang pada babak action akhir filem ni aje.
Pyro : Aku suka watak dia ni. Nampaknya dia dah di develop oleh Magneto utk menjadi more evil than before. Kalau dlm X-Men 2, dia di seide yg baik tp dah mula tunjuk salah guna kuasa dia. Aku tak sangka jugak yg dia ni yg lakon sbg hero dlm filem The Hills Have Eyes, yg aku review minggu lepas. Kalau ada another sequel utk X-Men, aku harap dia ni akan dikekalkan lagi sbg musuh tradisi Iceman.
Iceman : Dah mula tunjuk kemesraannya dan sifat take carenya dgn Kitty Pride. Playboy jugak mamat ni. Dia gaduh dgn Rogue hinggalah Rogue melarikan diri. Babak challenge power antara Iceman dan Pyro kira boleh tahanlah.

Jean Grey : Aku simpan watak ni utk yg terakhir sekali kerana inilah watak yg paling penting dlm The Last Stand ni. Throughout the movie, dia adalah Phoenix yg kita dah tgk introductionnya waktu X-Men 2 dulu. Magneto berjaya memanipulasi identitinya utk join mutan2 jahat menentang mutan2 bik dan manusia2. Berjaya membunuh Prof X dan Cyclops dgn powernya.


Selain tu bnyk lagi watak sampingan mutan, sampai aku pun tak tau siapa. Most of them adalah villain dan muncul waktu perang aku sebutkan tadi. Sesiapa yg minat X-Men dan X-Men 2 mungkin akan mendapati filem ni agak berlainan sikit dan disappointing, tp bagi siapa yg meminati komik X-Men, mungkin boleh terima filem ni kerana bnyk comic features di dlmnya. Aku bagi :
*** ½ / *****

No comments: