Sunday, September 17, 2006

The Road Warrior : Mad Max 2 (1981)

Cast :
Mel Gibson as Max
Virginia Hey as Warrior Woman
Syd Heylen as Curmudgeon
Emil Minty as Feral Kid
Kjell Nilsson as Humungus
Vernon Wells as Wez
Director :
George Miller
Sabtu lepas anak2 aku semuanya aku hantar ke rumah mertua, dan bini pulak terpaksa kerja half day. Tengah boring2 tengahari tu, aku sempat menonton filem yg dah lama aku tak tonton, terima kasihlah kat Astro HBO sebab sudi menayangkan filem The Road Warrior aka Mad Max 2. Even aku jarang2 ada masa nak tgk movie channel kat Astro, tapi aku sayang betul nak buang channel ni sebab ada masanya dia ada tayang filem2 klasik or old school yg kadang2 susah nak jumpa DVD nya.

Filem ni adalah filem pertama aku tengok lakonan Mel Gibson. Masa tu memang muda sangat dia tu. Kalau tengok the first part of Mad Max dia lebih muda dan clean look, while 2nd part ni muka dia lebih rough dan lekeh sikit. Filem ni bersambung drp Mad Max dulu, iaitu Max seorang polis, yg mana bini dan anaknya mati dibunuh oleh kumpulan road gangster mohawk. Kalau tengok permulaan filem ni, dia ada flashback tentang kejadian tu. So filem ni masih mengekalkan motif yg sama iaitu minyak. Tak tau filem ni di ‘set’kan tahun berapa, tapi ianya di masa depan setelah perang nuclear telah menghancurkan Australia. Yang tinggal hanyalah kawasan tandus yg dihuni oleh puak2. Ada puak baik, dan ada puak jahat. Puak jahat menggunakan segala macam plan utk mendapatkan minyak. Max dan anjingnya, menyelamatkan seorg survivor drp dibunuh oleh puak mohawk gila ni. Melalui org ni, dia telah bertemu dgn puak2 survivor yg baik dan tinggal di kampung mereka. Max membantu mereka2 ni mempertahankan tempat oil processing mereka daripada diambik oleh puak mohawk ni.

Filem ni sangat simple plotnya dan tak bnyk dialog especially masa Max ni masih tak jumpa siapa2. Walaupun simple dan dalam sci-fic action genre, tapi aku feel filem ni menyeramkan sikit sebab music backgroundnya yg agak haunting. Filem ni jugak ada comical feature dalamnya. Hero dan musuh2 kebanyakannya memakai leather suit hitam. Spike dan chain dipakai oleh geng2 kereta dan bikers mohawk tu, so nampaklah mereka ni mcm gangster2 punk campur dgn black metal. Ketua gangster ni sebijik macam ahli wrestling, badan tough gila tapi bertopeng macam topeng Jason dlm Friday the 13th tu! I remember ada pasangan tag team wrestling yg guna nama Road Warrior jugak, mungkin mereka ni dpt inspirasi dari filem ni kot!


Puak2 baik dlm filem ni taklah ber’leather’, sebaliknya mereka ni dressing simple aje. Aku suka sorang budak kecik, ntah anak sapa ntah, dengan ‘boomerang’nya. Penggunaan boomerang ni menampakkan pengaruh Australia dalam filem ni, yg sememangnya filem ni product Australia. Ada satu scene yg aku suka waktu budak ni baling boomerangnya dan ada sorang org jahat bodoh yg menggatal nak sambut boomerang tu…! As a result, jarinya putus dan Astro tak tayang adegan ni! Boomerang tu jugaklah yg ada bunuh salah sorang gangster tu yg adalah seorang ‘gay’! He, he…padan muka! Adegan rogol salah sorang puak baik oleh geng jahat ni pun aku dah expect takkan ditayang. Tapi korang semua bolehlah carik DVD or VCD nya kalau nak tengok semua tu.

Suasana filem ni juga sangat atmospheric dan semuanya ber'location' di padang pasir kat Australia. Itulah yg digambarkan oleh directornya, George Miller, selepas perang nuclear berlaku. Director berjaya menggabungkan unsur2 serious dan lucu at the same time. Tunjang utama filem ni adalah car chase scenenya! Filem ni aku consider ‘cult road movie’! Road movie yg paling hebat sepanjang zaman ! Adalah dalam 30 minit scene tu, korang takkan jumpa apa2 dialog, pure action car chase scene plus bunuh membunuh sepanjang 30 minit tu…!


Filem ni adalah franchise terbaik Mad Max. Kalau korang tgk 1st part, dia lebih bosan dan gonjeng sangat. Follow up lepas Road Warrior ni pun agak boring, iaitu Mad Max Beyond Thunderdome. Ketua org jahat dlm Thunderdome adalah penyanyi Tina Turner tu. Ketiga2 episod ni ada keluar box set DVDnya di internet, tapi aku tak pernah jumpa kat mana2 kedai di M'sia ni.

No comments: