Thursday, September 28, 2006

The Pink Panther (2006)



Cast :
Steve Martin as Clouseau
Kevin Kline as Dreyfus
Beyonce Knowles as Xania
Jean Reno as Ponton

Director :
Shawn Levy

Inspector Clouseau bolehlah kita katakan sebagai Mr Bean French version. Tengok muka Steve Martin dgn misainya yg seciput tu pun dah rasa dia tu bodoh. Dalam filem ni Clouseau ditugaskan utk menyiasat kematian seorg manager football iaitu Gluants, di tengah2 padang waktu permainan bola. Bukan saja dia tu mati, malah cincin ‘Pink Panther’ yg dipakainya jugak hilang. Actually kerja2 menyiasat ni patut Inspector Dreyfus yg siasat, tapi dia ‘sub’ kan kepada Clouseau ni kerana malas nak siasat dan plan bila Clouseau hampir habis siasat, barulah dia akan ambik alih balik. Kira malas la tu !

Salah sorang suspect ialah makwe Gluants sendiri iaitu Xania, sorang perempuan yg cun giler dan seksi, lakonan Beyonce. Dialah yg disyaki membunuh boyfriend nya, kerana inginkan cincin yg sangat berharga tu. Clouseau ni lemah sikit dgn Xania ni because of her sex appeal. At one time hampir nak sex dgn pompuan ni, tapi sebab kebodohan Clouseau ni, kelam kabut jadinya dan tak jadi. Di samping Inspector Clouseau, ialah Ponton, his sidekick. Actually dia ni lah yg bnyk menolong Clouseau ni. Kalau nak harapkan ke’clumsy’an Clouseau ni, jgn harap Clouseau ni berjaya. However, walaupun dia clumsy, otaknya geliga jugak dan dialah yg solve segala misteri tentang kes ni, seterusnya buat si Dreyfus ni bengang sebab dia tak dapat nama.

Filem ni adalah berdasarkan filem2 series Pink Panther yg lepas yg salah satunya dilakonan oleh Blake Edwards dan Peter Sellers dulu. Honestly, aku tak pernah tgk filem tu. Tapi as I say earlier, filem ni macam Mr Bean sebab watak Clouseau tu. Filem ni I guess masih mengekalkan plot dan style mcm dulu especially penggunaan flashback yg menceritakan kembali segala siasatan Clouseau hingga membawa kepada penangkapan suspect yg sebanar iaitu seorg coach bola. Lawak2 yg ditonjolkan kebanyakannya lawak2 slapstik. Ada scene2 yg boleh diterima kelakarnya dan ada yg menyampah. Paling aku menyampah tgk bila si Clouseau ni buat menari badut dgn sidekicknya. Aku dissapoint jugak dgn sidekicknya iaitu Jean Reno. Bukanlah dia tak bagus, tapi aku dah biasa tgk dia lakon filem2 action yg serious. Tiba2 kali ni dia lakon lawak pulak (walaupun muka masih serious!). Dlm filem ni Inspector Clouseau ni pakai kereta Smart For Two. Aku tak taulah in realiti semua inspector2 French pakai kereta tu. Kalau betul kira dahsyat jugak la. Yang membezakan filem ni dgn yg lama mungkin penggunaan kereta ni, dan also Clouseau ada hobi yg boleh dikatakan millenium jugak, iaitu men’download’ ringtone utk handphone dia…he, he…Kevin Kline dlm filem ni adalah sebagai Dreyfus, anyway, pronounciation French ada sikit ‘kureng’ tapi mcm mana pun kekurangan ni is not to be taken seriously. After all filem ni comedy aje.

Ada jugak special appearance drp Clive Owen sebagai agent 006. Agaknya kesian kat mamat ni tak dpt jadi James Bond, director ni pun ambiklah dia jadi agent dlm filem ni. Okay jugak dia lakon sbg agent, sayang jugak dia gagal dpt peranan Bond. Takde apa yg special sangat tentang filem ni, tapi ianya tetap menghiburkan.

DVD pirate yg aku beli ni ada extra features video clip Beyonce Knowles, “Check Up On It”, soundtrack for Pink Panther yg sangat menjolok mata dan megurangkan pahala puasa aku. Tapi takpe la…aku tgk malam pun!
** 1/2 / *****

No comments: