Monday, September 04, 2006

Mati ditangan Ikan Pari


Kesian pulak dengar Steve Irwin, the Crocodile Hunter, mati kena sengat dgn ikan pari in his chest. Dia megalami sesak nafas lepas mati di pulau tempat Steve mengadakan penggambaran mengenai ikan pari tersebut. Helikopter ambulan yg sampai tak sempat menyelamatkan nyawa Steve ni. Well, itu risiko yg dia kena ambik la, atas minatnya dgn hidupan2 liar yg ganas dan merbahaya tu. Pernah sekali dia berdepan dgn buaya ganas sambil dukung anaknya…? Gila betul dia ni! Sebelum ni kita pernah dengar rumours yg dia dah mati ditangan buaya, tapi itu semua tak betul…lagipun mana ada report dari suratkhabar atau lain2 media mengenai kematian dia tu. Nah, sekarang ni baru betul dia meninggal Isnin lepas. Tapi yg agak lucu sikit ialah dia mati ditangan ikan pari. Selama ni aku selalu ingat ajal dia adalah ditangan binatang2 ganas especially buaya atau paling koman pun ular. Tapi ikan pari….??? Well, moralnya…bukan binatang yg nampak ganas dan brutal aje yg merbahaya, binatang yg kadang2 nampak baik pun boleh jadi merbahaya…!


In 1992, Steve dan kawannya John Satinton menerbitkan rancangan documentary The Crocodile Hunter yg dikendalikan oleh Steve dan isterinya Terri Raines. Documentary ni menggunakan pendekatan baru dgn gaya Steve yg kelakar2 dan lebih mesra dgn binatang dan keberaniannya berhadapan dgn binatang berbahaya. Documentary ni mendapat sambutan yg hangat worldwide. In 2002, dia pernah berlakon dlm feature filem bertajuk The Crocodile Hunter : Collision Course. Tapi aku tak pernah menonton filem ni kerana aku bukanlah a true fans of Steve ni. Tgk siri Crocodile Hunter pun sekali sekala aje. Anyway, nama dia akan sentiasa dibibir pencinta2 alam khususnya binatang.

No comments: