Monday, June 12, 2006

Prelude to Superman Returns

Superman Returns memang filem yg dinanti2kan untuk tahun 2006 ni. Rasanya, nak mendapatkan mood utk tgk filem Superman Returns ni, kenalah buat marathon Part 1 & 2 of this film. Part 3 & 4 kita bolehlah lupakan, sebab mmg 'crap'!

Tapi sebelum apa2, jom kita tgk sejarah bagaimana idea utk "Superman Returns" ni timbul.
(sumber2 dari First Magazine)
1992
Jon Peters (producer film Batman dan Batman Returns) mengambil tugas utk project Superman.
1994
Lemkin menulis script utk "Superman Reborn", cerita berkisar mengenai Superman mati dibunuh Doomsday dan rohnya masuk ke badan Lois Lane. Lois beranak dan anaknya reborn as a Superman dan membunuh Doomsday. Sayangnya, idea Lemkin ditolak.
1996
Greg menulis kembali skrip utk filem ni, berkisar something about roh Superman yg meneroka ke alam barzakh dan kembali ke alam nyata. Penulis skrip indie, Kevin Smith juga interested utk menulis skrip utk Superman. 3 syarat dikenakan oleh Peter dlm menghasilkan Superman :
1) Costume Superman diubah!
2) Superman tak boleh terbang!
3) Kena bertarung dgn Labah2 Gergasi utk babak ketiga! (apa maksudnya aku pun tak faham!)
1997
Kevin Smith berjaya menyiapkan skrip bertajuk "Superman Lives". Ia tersebar in the internet dan menarik beberapa pihak. Tim Burton ditugaskan utk mengarah filem ni dan Nicolas Cage sbg superhero (tgk gambar di bawah – actually it’s a fake picture!). Tim Burton nampak gayanya mula mengarut dgn stylenya yg tersendiri, dgn mengambil Chris Rock sbg Jimmy Olsen dan Sandra Bullock sbg Lois Lane. Terus menendang keluar penulis skrip Kevin, dan replaced by Wesley Strick (member Tim). Bengang dgn Burton, Kevin Smith komen : "Burton nak buat Superman version tangan ada gunting! (Edward Scissorhand!)"
Nasib baik tak jadi Superman!

1998
Mula menunjukkan kelam kabut dlm pembikinan. Bertukar2 penulis skrip, antaranya Alex Ford yg memberi tajuk Superman movienya “Man of Steel”. Warner Bros. impressed by it tapi producer, Jon Peters pulak menolaknya, dgn alasan takde character2 yg dia kenal. Pada waktu ni, Tim Burton pun dah boring dan tarik diri.

2000
William Wisher submit skripnya utk filem ni yg betul2 ciplak idea The Matrix. Oliver Stone pun ada interested utk direct this movie.

2001
Paul Attanasio pulak ditugaskan utk tulis skrip berjudul "Superman: Destruction", tapi direject. Nicolas Cage pun dah boring dan tinggalkan project ni!

Warner Bros mula plan project lain spt "Batman Vs Superman" (akan diarah oleh Wolfgang Peterson) dan “Superman” (akan diarah oleh McG dan ditulis oleh JJ Abrams). 2nd project ni agak menarik sikit sbb ada a few actor tertarik utk berlakon spt Josh Hartnett (which I think very suitable for the character), Ashton Kutcher (???) dan Tom Welling. Watak Lois pulak menarik minat Kate Hudson, Liv Tyler dan Boyence Knowles (???).

2002
Warner Bros nak “Superman” di’shoot’ di Australia coz nak jimat cost. Disebabkan McG takut naik kapal terbang, dia tarik diri dan terus direct sequel utk Charlie’s Angels. Brett Ratner (X-Men 3) ambik alih tugas dan terus ambik Anthony Hopkins utk watak Jor-Ep (bapak Superman).

2003
Skrip utk film ni tersebar di internet dan peminat2 hampa dan marah kerana betul2 lari dari tema Superman. Ratner dan Hopkins dipecat!

2004
Takde apa yg menarik kecuali McG nak arah balik filem ni tp tak berjaya.

2005
Finally, Bryan Singer signs utk project ni dan tulis skripnya sendiri. Setelah 17 thn Superman menghilang, akhirnya dia kembali dan filem ni simply titled “Superman Returns”.

3 directors involved, 9 screenwriters dan around 50 juta US pre-production costs utk produksi film “Superman Returns”! Kita tunggu kemunculannya!!!

2 comments:

maddox said...

oi! ini cuti study ke study buat entry ni.

Aku report karang.....

Lord Vorphalack said...

ha...ha... kau tu kerja atau komen blog aje...