Thursday, August 10, 2006

Alahai...Pussycat Dolls



Pihak berkuasa Malaysia bertindak menyaman RM10,000 penganjur yg mengajurkan konsert Pussycat Dolls atas kesalahan membiarkan artis berkenaan berpakaian tak senonoh. I repeat here, it is not the artiste yg kena saman sebaliknya penganjur konsert. Utk pengetahuan korang, konsert tu berlangsung pada 26 Julai di Sunway Lagoon Theme Park.

Sebelum ni pun kita ada dgr yg kumpulan Linkin Park diarah tak memakai seluar pendek ketika buat konsert di M’sia dan Mariah Carey pun ditegur supaya berpakaian sopan ketika konsert. Actually bnyk lagi kes sebelum ni, tp Linkin Park & Mariah Carey adalah kes yg recent berlaku.

Aku memang tak nafikan bahawa Pussycat Dolls mmg seksi dan bnyk buat aksi2 ghairah dlm video clip or konsert mereka. Sampaikan aku takut kalau2 anak aku bukak channel 71 or 72 Astro, kalau2 diaorg tertengok video clip Pussycat Dolls ni…! Ada yg kata Pussycat Dolls ni resemblance Spice Girls coz group kumpulan wanita dan dua2 dtg dr Britain. Tapi aku rasa Pussycat ni lebih seksi berbanding Spice Girls.
Tapi yg aku persoalkan, kenapa invite them in the first place…? Korang dah sedia maklum kumpulan tu seksi gila…dan korang dah tgk video clip2 diaorg. Maknanya, kita dah sedia maklum diaorg tu mmg menggairahkan! Sepatutnya, penganjur and pihak berkuasa should awarelah tentang artis2 yg patut dijemput. Maksud aku “prevention is better than cure”.

Sekarang ni aku sure Pussycat Dolls takkan nak dtg M’sia lagi, dan bertambah2 lah mulut2 mereka di sana tu mengata yg kita ni close-minded dan mempertikaikan cara kita ni yg “kejap boleh…kejap tak boleh”. Pihak2 berkenaan perlu tegas dlm hal ni. Kita sibuk2 war2kan yg kita nak artis2 luar dtg berpakaian bersopan la… ikut budaya M’sia la… tp at the same time bagi permission utk artis2 luar yg seksi2 buat persembahan kat M’sia. Ingat diaorg tu nak ikut ke…? Mereka dan penganjur sure tak pedulik punya! Penganjur pun dlm hal ni, mesti cakap “ah, apa2 hal lepas konsert boleh cerita, janji artis tu meletup buat konsert…”. So, mintak2 takdelah perkara mcm ni berlaku lagik.
Don't cha wish to see me come to M'sia again...

6 comments:

maddox said...

eh? macam pernah ku lihat aje. tapi dimana ya?

Lord Vorphalack said...

u're my inspiration, brother..!

Edd Vedder said...

pussycats dolls dari US la. (..me being a nitpicker again..hehe.)

Anyway, aku tak kisah kalau diaorang tak kasi PCD datang M'sia lagi. Tapi tolong la lepaskan konsert2 rock. Bawak System of A Down ke, Red Hot Chilli Peppers ke, PEARL JAM ke..!!

..seksi bleh lepas, takkan rock takleh kan..?

Lord Vorphalack said...

aku thought org bandingkan diaorg dgn Spice Girl, itu yg aku ingat diaorg dr Britain tu...he, he...

Itula pasal, lgpun bknnya band2 rock tu buat benda2 tak senonoh pun, bknnya diaorg galakkan hisap dadah ke or whatsoever masa konsert tu.

Kalau RHCP mungkin susah sikit kot, tp band mcm PJ tak salah kalau dtg M'sia.

maddox said...

RHCP boleh lepas kot? asalkan diorang tak bogel kat atas pentas tu

Lord Vorphalack said...

kalau diaorg bogel jugak entah berapa jutalah organizer kena saman nanti...