Bahang konsert akhir AF4 dah terasa. Maka kita tgklah Sabtu mlm nanti agaknya jalan2 kat KL sure lengang punya. Kalau ada pun, mungkin lepas konsert atau tgh mlm baru budak2 muda start keluar. Aku sebenarnya malas nak buat posting utk AF4 ni sbb aku tgk pelajar2 kali ni mcm lembab dan lembik aje. Takde yg betul2 powerful. Kalau ada pun yg berkaliber cuma Farhan aje. Aku tak nak komen apa2 pasal lagu2 yg bakal diaorg nyanyi.
Utk pertama kalinya, aku rasa nak buat nostradamus la utk final AF4 ni…cewah…dah mcm blog Sultan Muzaffar pulak rasanya. Pilihan aku ialah :
1. Faizal
2. Farhan
3. Lotter
Tapi don’t get me wrong, ini nostradamus aku, bukan pilihan personal aku. Kalau pilihan personal, aku akan pilih :
1. Farhan
2. Faizal
3. Velvet
Opinion aku :
Faizal
Faizal ada potensi nak menang sebab character dia. Mmg AF ni lebih mementingkan character drp bakat. Kalau korang tgk mamat yg kelakar, hensem sikit atau ber’background’kan benda2 yg buat org simpati, sifat kampung2 sikit, sure mesti top dpt undian punya. So, Faizal ni kelebihannya ialah dia kelakar dan mungkin ‘hensem’ sikit kot (bg kacamata lelaki mcm aku ni takde la, tp most pompuan kata dia hensem). Suara dia…? OK la… bagi aku biasa aje tp kelebihannya pada serak2 basahnya, Dia selalu tak messed up bila menyanyi, maksud aku jarang2 dia bersuara sumbang. So aku takkan terkejut kalau dia menang tempat pertama nanti.
Lotter
Dah ada trend baru pengundi2 SMS AF4 ni. Mereka tak kira suara mcm mana, janji kaki buat lawak dan bersuara donald duck…! Minta maafla pada pengundi2 Lotter, ini blog aku dan aku bebas cakap apa aje. Aku admit dia ni mmg bagus dr segi persembahan, tp ada masa dia ni terover sikit, mcm kata Adlin. Bila nyanyi lagu slow especially dia akan terover. I mean lagu ballad tak payahlah kau nak entertain sgt, Cuma perlu ‘feel’ aje lagu tu. Dr segi suara…tak payah ceritalah, mcm Donald Duck. Personally vokalnya ada persamaan dgn penyanyi Def Gab C, pasal tu kalau dia nyanyi lagu rancak dia ok aje. Persembahan paling hancur dia ialah “Bila April” dan lagu Ramli Sarip tu. Aku rasa dia ni kalau masuk kumpulan Senario pun sesuai!
Farhan
Ini ajelah peserta yg aku rasa betul2 deserve menang. Vokal yg mantap dan gaya persembahan jugak bagus. Walaupun ada ketika nampak persembahannya ‘kureng’ sikit, tp itu boleh ditingkatkan bila dah jadi artis nanti. Tp, ramai kata dia ni ‘versatile’…I don’t think so la… for me dia sure2 tak boleh nyanyi lagu dangdut dan aku juga tak minat dgr dia nyanyi lagu rock. Tak mcm Emylia AF3 dulu, semua rentak lagu dia boleh nyanyi. Tp apa dah jadi Emylia skrg…? Tak dgr cerita pun…? As I say, bakat skrg dah tak guna dlm bidang nyanyian ni. Anyway, aku admit yg Farhan ni kalau nyanyi lagu R&B or ballad, meremang2 bulu roma jadinya! Hope lagu dia utk konsert akhir ni bersesuaian dgnnya. Matilah aku kena keji dgn Maddox sbb komen pelajar favourite dia…!
Haziq
Haziq oh Haziq. Lemah betul bila aku tgk dia ni. Face it la, kau takde X-factor langsung. OK lah, suara dia mmg tak dinafikan best bila nyanyi lagu2 asli. Tapi boleh jual ke…? Tak ramai org boleh terima budak muda nyanyi lagu asli. Personally, aku mmg suka lagu asli, tp majoriti org boleh terima ke kalau lepas akademi ni dia come up with album lagu asli ? Aku tak suka Haziq bila nyanyi lagu rentak lain pun, semua nya dia nak ‘asli’kan. Persembahan pun tang tu aje takde improvement, dgn tgnnya yg ‘anxiety disorder’ tu. He does not have what it takes to be a star…jadi belia 4B aje.
Velvet
Tak bnyk yg aku nak komen pasal dia ni Ada masa dia ok, ada masa dia tak ok. Tapi bila time suara dia best, mmg tinggi betul suara dia. Kalau bnyk practice dan kuruskan badan dia, dia boleh naik sbg superstar. Skrg ni aku tgk masalah dia ialah badan. Kalau nyanyi lagu rancak, sure dia termengah2 sikit. Also bila lagu rancak dan bnyk penari, aku tgk concentration dia hilang sikit, mata pun melilau-lilau. Dr segi attitude, dia ok, more ceria drp Farhan. Sama mcm Farhan, dia sesuai nyanyi lagu R&B dan ballad. Mcm manalah agaknya kalau dia nyanyi lagu dangdut yea…?
Entah kenapa aku feel like Astro mcm nak memenangkan Faizal, drp pelajar2 lain, especially on the song selection. It seems like they want to create another “Mawi”…??? Anyway, sama2lah kita tgk mlm Sabtu pukul 8.00 siaran langsung konsert akhir Akademi Fantasia 4, dan tgklah whether tekaan aku ni betul ke tak.
P/S - Bak kata "budak pandai" dlm tag maddox...I feel sooooo 'gay' right now...! He, he...
Thursday, August 03, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pantasnya update! aku baru nak komen pasal sitcom 80s tu, dah ada entry baru.
Aku rasa sitkom yg Vovin mention tu Silver Spoon. Dulu-dulu aku suka The Jeffersons, kisah laki bini kulit hitam tu.
he, he...sebenarnya aku malas nak buat kerja kat ofis hari jumaat nih...pasal tu asyik nak mem'blog' aje...!
ha, aku pernah dgr Silver Spoon tu, tp tak ikut sgt sitcom tu. The Jeffersons tu aku ikut jugak, the same goes to Bill Cosby Show...
Post a Comment