Tuesday, August 01, 2006

Final Destination 3 (2006)


Cast :
Mary Elizabeth Winstead as Wendy
Ryan Merriman as Kevin
Kris Lemche as Ian McKinley
Alexz Johnson as Erin

Director : James Wong

Kenapa sequel selalunya tak sehebat episod pertama sesebuah filem ? Aku admit ada jugak sequel yg lebih hebat drp yg pertama seperti Terminator, Godfather atau mungkin Alien. Filem2 sequel horror selalunya tak berjaya, tgklah mcm Scream, Exorcist atau The Omen misalnya. Filem Scream misalnya, bknlah slasher movie yg biasa. Apa yg buat filem ni berjaya ialah twistnya pada babak akhir. Namun selepas itu keluarlah Scream 2 & Scream 3. Semuanya menggunakan formula yg sama, trying desperately to twist its end again. But, penonton dah tau and already prepare for it.

Samalah dgn filem Final Destination 3 ni. Formula yg sama diulangi semula cuma introduction "Death" ni bermula di fun fair pada permainan roller coaster. Kalau korang tgk Final Destination 1, incident berlaku dlm kapal terbang. Filem ni start with Wendy is having a dilusion, yg roller coaster yg akan dinaikinya, tercabut skru, akan lari dr trek dan seterusnya terhempas! Waktu nak start je roller coaster tu, suddenly dia menjerit dan keadaaan jadi kucar kacir. 7 org tarik diri dr menaiki roller coaster tu termasuklah Wendy.

Now "Death" kembali dan siapa yg survive roller coaster crash tu tak selamat. Mereka akan dihantui "Death" sehinggalah survivor2 tu semua mati ! Wendy dan kawannya, Kevin try to escape "Death" dgn bantuan kamera digital yg mereka shoot kat fun fair tu. Mereka jadi mcm investigator la, membuat teori terhadap gambar member2 (survivor) yg mereka tangkap masa kat fun fair tu dan try to save them all.

James Wong adalah pengarah yg bertanggungjawab utk filem Final Destination yg pertama dulu, dan juga writer utk siri TV 21 Jump Street dan The X-Files. Tak heranlah dia membangkitkan nostalgia filemnya yg dulu dlm episod ke 3 ni. Dlm filem ni ada scene di mana Wendy dan Kevin membuat teori berdasarkan plane crash pada episod pertama dulu. Cth : 7 org tak jadi naik roller coaster, samalah dgn 7 org yg tak naik kapal terbang pada episod pertama dulu. Pada pendapat aku James Wong berjaya mewujudkan suasana creepy di fun fair/carnival, so budak2 kalau tgk filem ni mesti ada yg takut nak pergi fun fair lagi!

Mula2 aku tgk watak Wendy lakonan Mary Elizabeth ni, rasa mcm..."aku pernah tgk babes ni tp kat mana ya...?". Rupa2nya dia ni yg pegang watak awek jahat dlm filem superhero Sky High. Aku enjoy wataknya dlm filem tu. Dlm filem ni dia pegang watak heroin pulak.

Babak menarik :
* Ini sure takkan keluar kat cinema (aku pun tak tgk wayang filem ni anyway!), ada 2 g-string blonde perasan mereka ni mcm Paris Hilton dan Nicole Richie. Dua dumb blonde ni excited gila la kat fun fair tu and diaorg one of the survivor dlm roller coaster crash tu. So "Death" follow mereka waktu mereka dlm chamber pemanas nak 'tan'kan badan. Dlm bogel2 dlm chamber tu suddenly alat heater accidentally dah over limit. Apa lg...melecurlah sampai pecah2lah kulit badan mereka. Pengajaran utk org2 yg perasan diri mereka cantik dan berlagak pulak tu...he, he...

* Despite formula yg sama berulang2, babak2 violence nya masih sama mcm dulu. Ganas dan brutal. Malah aku rasa lebih ganas sikit dr yg lepas. Babak keretapi crash pada ending filem ni juga agak menarik. Selain tu babak insiden dlm gym, babak kat Fatburger drive thru dan firework accident pun tak kurang brutalnya!

Yg tak menarik :

* Takde terkejut sbb dah tau style mangsa2 mati.

* Ending yg bosan.

P/S - Mintak maaflah kalau posting aku tak habis2 filem horror aje... mmg filem horror dah sebati sgtdgn jiwa aku!

Aku bagi : *** / ***** (for the horror/gore/violence)

No comments: