Tuesday, August 29, 2006

Perkara2 yg Tersangatlah "Common"nya dlm Filem Seram...

Actually dah bnyk article pasal ni dlm internet or majalah yg aku baca. Cuma this is my rendition of it sebagai seorang peminat filem2 seram. In no particular order :

* Kereta rosak. Dlm filem seram, bila korang kena kejar hantu or serial killer, and suddenly korang lari ke kereta, nak start engine mesti tak boleh. Padahal masa permulaan cerita, kereta tu ok aje conditionnya. Hasilnya, org yg kena kejar tu mati kena bunuh sebab kereta rosak.

* Hilang kunci. Sama jugak macam kat atas tapi kali ni hilang kunci pulak, so tak boleh start engine. Takde pun tgn kau menggeletar sampai kunci terjatuh. Mcm2 hal la diaorg create semata2 nak bagi korang delay utk start kereta tu, dan hantu senang bunuh korang. Ini berbeza dgn filem action dimana bila hero nak pakai kereta je, dia ambik mana2 kereta org dan kunci dlm kereta ada aje memanjang.

* Tingkap. Paling common la…hantu selalu menjelma kat tingkap. So korang semua patut stay away from tingkap. Tapi mangsa2 selalunya degil jugak, nak tengok gak apa yg ada kat tingkap tu. Hasilnya, either korang kena tarik keluar oleh hantu tu, ataupun terus kena cekik kat tingkap tu.

* Cermin. Tgh syok2 perempuan tu make-up depan cermin suddenly ada bayang2 hantu kat dlm cermin tu. Bila toleh kebelakang takde pulak… ! In short, hantu memang suka main cak-cak.

* Shower. Originally diilhamkan oleh filem psycho. Jaga2 sikit bila mandi sorang2 kat rumah especially perempuan. Serial killer mmg suka bunuh time korang mandi. Mandi kat bath tub pun kena jaga jugak sebab tiba2 je hantu menjelma ntah dari mana dlm bath tub tu. Cth filem, Nightmare on the Elm Street, filem2 Korea etc.


* Jangan beromen dlm gelap. Ha…utk mamat2 dan minah2 yg buat projek tu, jaga2 sikit sebab korang ada chance utk kena bunuh oleh serial killer. Serial killer mmg tak suka korang buat projek coz dia jealous tak ajak join sekali. So mereka ni membantu jugak kerja2 pegawai pencegah maksiat! In short, elemen2 seks and nudity mesti ada! Itu yg best tuh !!

* Samada keluarga atau sekumpulan teenage, suka sangat pergi bercuti kat tempat2 yg mengarut aje. Cth hutan atau kawasan padang pasir. Yg penting tempat tu sunyi dan takde org. Apa salahnya pergi ke zoo ke...ke theme park ke...mana2 tempat la asalkan ramai orang.

* Jaga2 bila berak kat toilet especially public toilet. Hantu sure akan keluar dr mangkuk toilet tu dan bunuh korang. Takde pun utk filem2 serial killer, tiba2 ada aje toilet kat tgh2 hutan dan org tua tgh berak kena bunuh oleh serial killer nih.!

* Terputus macam2 bekalan termasuklah bekalan letrik atau line telefon. Bekalan air tak termasuk sebab takde kena mengena. Serial killer mesti potong line telefon supaya korang takkan ada contact dgn mana2 dunia luar. Tapi ada jugak serial killer yg suka main2 telefon dan tak boleh carik makan kalau takde telefon. Cth permulaan filem Scream.

* Kucing. Mungkin filem2 sekarang dah kurang guna kucing. Tp kalau filem horror dulu2 mesti ada kucing especially kucing hitam. Filem Melayu dulu pun ada guna kucing hitam ni sbg menandakan hantu nak dtg atau bangun. Tp actually in reality, kepercayaan kita pun mmg sama tentang kewujudan kucing hitam ni.

* Mimpi. Tgh syok2 tengok hantu menyerang mangsa atau apa2 horror incident berlaku, tiba2 rupa2nya diaorg ni cuma mimpi aje! Ceh, buang masa aje tengok! Cth paling recent ialah filem Final Destination, tapi bezanya lepas mimpi tu ianya betul2 berlaku.

* Dah kena warning tapi masih degil jugak. Agaknya dah jadi lumrah manusia, benda2 yg org dah bgtau awal2 bahaya, mesti gatal nak buat jugak. Cth kononnya ada sign tulis “Jangan Masuk, Hantu di Depan”, tapi masih nak masuk jugak! He, he…contoh aje…

* Aku paling sakit hati terkejut scene, dimana music aje lebih buat kita terkejut, tapi haram sekor hantu pun tak muncul. Instead, yg muncul kawan2 mereka yg sengaja aje buat practical jokes kat member mereka.

* Kalau korang dah bunuh serial killer tu, tunggu dulu kalau boleh sejam lagi. Coz mereka ni liat nak mati. Ini tidak, sekali tembak aje terus belah kononnya dah victory habis la tu. Hasilnya, serial killer tu bangun lagi dan bunuh korang. Takdepun bila dah dpt pistol tu, tembak la paling kurang pun 20 kali kat kepala, badan dll parts.

* Geek. Dlm sekumpulan geng2 teenage mesti ada sorang geek sikit. Geek ni lah yg kadang2 jadi hero dan menyelamatkan keadaan. Mula2 mesti nampak lembik aje geek ni. Takde pun, antara semua geng2 teenage ni, suddenly geek ni lah yg actually jahat. Diaorg saja je nak buat korang semua tak sangka geek tu boleh jadi mcm tu!

* Topeng memainkan peranan penting dlm filem2 seram. Macam2 design topeng ada yg hodoh dan ada yg creative. Semua ni utk sorok muka mereka yg hodoh atau taknak menonjolkan identiti sebenar mereka. Antara2 topeng yg aku suka ialah dlm filem Scream.

Itu aje yg aku terlarat nak listkan. Tengoklah kalau ada masa lagi aku masukkan 2nd part pulak.


No comments: