Saturday, August 05, 2006

Selesai Sudah...!

Ops! Sasaran aku tersasar sikit. Instead of Farhan dpt tempat ke 2, dia jatuh ke tempat no 3. Tempat ke 2 tak lain dan tak bukan, org yg aku fikir tak layak iaitu Lotter. Siapalah aku nak ramalkan siapa yg menang kan. Lgpun aku bukannya peminat fanatik AF pun. Tahniah la aku ucapkan pada semua pemenang, especially Faizal. Mmg org semua dah agak walaupun masa pengumuman tu Aznil ada gertak sikit tentang keputusan SMS yg diterima.
Kenapa aku rasa konsert kali ni hambar sgt...? Cuba korang bandingkan dgn konsert AF3 atau AF2 ? One thing yg aku rasa really2 tak senang adalah kerana pilihan lagu utk konsert ni. Kenapa Faizal dapat dua2 lagu slow/ballad...? Kenapa Haziq dpt dua2 lagu melayu...? Lotter pun bg aku dpt dua2 lagu yg agak rancak (2nd song by Neves tu mungkin slow, but still rock jugak bunyinya). Apa yg bermain kat fikiran aku ialah, "pelajar2 kali ni semua tak versatile ke...?". Kalau tgk konsert akhir AF episod2 yg lepas semua pelajar dpt satu slow dan satu fast tunes.
Velvet I think did well, lagu pertama nyanyian Kris Dayanti tu mungkin dia blm dpt tunes lagi, but she's great on 2nd song. Aku budget dia dpt tempat ke 4, tapi Haziq berjaya memintas. Aku rasa mcm tak adil for Haziq la, dia dpt dua2 lagu makanannya. Kenapa benda ni terjadi, aku pun tak tau. Farhan juga not at her best semlm. Maybe lagu Spanish tu dia menyinar sikit, but lagu pertama dia tu takde feel. Lotter, suara memang lari utk kedua2 lagu. Actually dia main hentam aje nyanyi kedua2 lagu tu. Tp persembahannya dah menutup segala kelemahannya. Itu strong point dia. As for Faizal, I think dia deserve to win. Dia betul2 menjiwai lagu akhir ciptaan M.Nasir tu, and like pelajar lain, utk 1st song, dia juga masih tak dpt tune lagi.
Choice yg baik ambik Siti Hajar sbg pengkritik. Cuma aku tak gemar dgn Mamat Khalid. Like his previous comment pada episod2 yg lepas, dia asyik2 memuji2 semua pelajar2 seolah2 takde buat salah langsung. Aku suka Mamat dlm bidang perfileman, tp bila masuk bab pengkritik AF, aku rasa tak berkaliber langsung. Aku rasa they should ambil Adnan Abu Hassan instead of him.
Selesai sudah demam AF, tak taulah mcm mana aku terima bila AF5 menjelang nanti. Harap semua pengundi2 SMS dah berpuas hati dgn pilihan korang. Utk entri2 yg lebih details, korang bolehlah lawat laman2 blog AF iaitu Sultan Muzaffar, Klubbkidd, Maddox, Senikami , Badrul dan bnyk lagik.

2 comments:

Zack said...

Aku baru tau Farhan tu pempuan...

Lord Vorphalack said...

astaga...tak pernah tgk ke Zack...?
sebab takde Mawi ke...? he, he...