Cast :
Joaquin Phoenix as John R Cash
Reese Witherspoon as June Carter
Ginnifer Goodwin as Vivian Cash
Robert Patrick as Ray Cash
Director :
James MangoldIni first time aku buat review utk biopic. Aku sebenarnya kurang tengok filem2 seperti ni. Kalau tak silap aku, filem terakhir yg aku tgk dlm genre mcm ni adalah The Aviator, yg pasal Howard Hughes. Filem Ray aku masih tak berkesempatan, even though aku teringin nak tgk. (I try to catch it at Astro). Anyway, review ni dibuat oleh org yg tak berapa kenal Johnny Cash so mintak maaf la kalau ada apa2 yg aku silap.
Riwayat Johnny Cash bermula sbg anak yg mmg tak disayangi bapanya. Abgnya Jack disayangi bapanya, tp beliau mati pada usia muda kerana accident. Johnny di”blame” atas kematian abgnya. Zaman remajanya, dia berkhidmat sbg tentera udara di Jerman dan berkahwin dgn Vivian apabila dia kembali ke US. Quite melarat jugak hidup dia masa tu coz kerjanya sbg salesman only based on commission. Mmg hobinya adalah dlm music, so desperately, dia try to audition utk artis rakaman. The manager not impressed at the 1st time tp after lama kelamaan berminat setelah Johnny memainkan lagu ciptaannya sendiri sewaktu di air force dulu.
Johnny dpt record deal and right from that time, Johnny become famous dan dia dan keluarganya kembali hidup senang. Tapi biasalah, hidup sbg artis ni tak sama dgn hidup org biasa. Perkara2 mcm drugs, org ketiga, drinking dan mcm2 lagi mmg dah sinonim sgt dgn kehidupan artis. Takde bezanya artis M’sia ke, artis luar negeri ke…semuanya sama. Johnny berkenalan dgn June Carter, penyanyi country yg lebih dulu glamer drpnya. Di sini kita lihat perpecahan rumahtangganya disebabkan oleh June. Hubungannya dgn June juga hanya bertepuk sebelah tgn disebabkan ketagihannya pada pill/drugs menakutkan June. June sendiri begitu phobia for a serious relationship disebabkan kegagalan rumahtangganya beberapa kali. Namun Johnny, seperti lagunya “Walk the Line” berjaya mengatasinya segala rintangan, merempuh suka duka dlm hidupnya, be a ‘new man’ semata2 kerana cintanya yg mendalam terhadap June.
Sbg seorg yg bkn peminat Johnny Cash, aku known him cuma penyanyi lagu2 country. Tp yg membezakan dia dgn yg lain ialah dia mencampurkan elemen2 rock dan gospel. Malah JC juga diminati oleh budak2 punk. In short, dia juga a part of influence terhadap lagu2 yg ada sekarang. Liriknya mungkin tak sesuai utk kita sbb kebanyakannya tentang Christ tp kisahnya yg sebenar adalah tentang kegagalan, dosa, kebahagiaan ada diselitkan dgn unsur2 humor. Identiti Johnny adalah “hitam”, dia adalah Man in Black, steady aje atas pentas kalau nak dibandingkan dgn band2 yg seangkatan dgnnya yg bnyk terkinja2 trying to impress crowd bila perform. Johnny ‘cool’ dgn gayanya yg tersendiri yg kadang2 aku rasa mcm nak makan microphone aje!
Joaquin Phoenix adalah cast yg baik utk watak Johnny Cash. Paling aku pelik adalah suaranya yg mmg seakan2 penyanyi asal. Mula2 aku ingat mmg suara Johnny Cash, tp aku dpt tau ia adalah suara original Joaquin. So he deserve a credit for that. Tp yg paling menyerlah ialah Reese Witherspoon yg memegang watak June Carter. June mengalami beberapa kegagalan dlm rumahtangganya, try hardly not to fall in love dgn Johnny in the first place dan bnyk support Johnny through his hard times. Kemuncak filem ni adalah penerimaan June atas Johnny’s proposal yg dibuat di atas pentas waktu show.
Director James Mangold pernah direct filem psycho thriller favourite aku iaitu Identity. Besides that also responsible utk filem Kate & Leopold dan Girl, Interrupted. Filem garapannya ini telah berjaya mendapat anugerah Oscar 2005, utk kategori Pelakon Wanita terbaik (Resee Witherspoon), also Joaquin was nominated utk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2005. Beberapa fakta2 lain mengenai Johnny Cash dpt kita lihat pada closing credit filem ni. Overall, aku rasa filem ni dah berjaya membuat aku menyelami kisah hidup Johnny sedikit sebnyk menerusi superb lakonan actor dan actressnya. Aku bagi :
**** / *****
P/S – Watak wife pertama Johnny Cash dlm filem ni iaitu Vivian, saling tak tumpah mukanya mcm Chalize Thereon, rasa mcm ada kena mengena dgn Charlize ke…??
Johnny Cash dan June Carter yg sebenar
No comments:
Post a Comment