Monday, September 11, 2006

Corat Coret Anugerah Era 06

Anugerah Era 2006 dah habis, perlukah anugerah berdasarkan SMS bila Mawi ada…? Percaya atau tak kalau aku kata, if nama Mawi diselitkan kat semua kategori pun (including kategori Vocal Wanita Terbaik!!!), nama dia akan still menang…? Come on lah…lebih baik tak payah buat, dan bagi semua trofi pada Mawi aje…! Kemuncak kekejian anugerah adalah dlm kategori Anugerah Khas dan SMS Digi…aiyo… kepala Mawi tu dah di chop mohor Raja SMS….buat apa lagi nak wujudkan anugerah tu ???

Memandangkan aku ni kurang minat music berbanding filem, so Anugerah Era Sabtu lepas aku kejap tgk kejap tak tgk aje la… Hos utama adalah Linda Onn dan Saiful Apek dgn lawak info ringkas Eranya, hmm… ada yg lawak dan ada yg tak lawak. Kebanyakan idea dah basi cthnya kutuk Siti dan kutuk Mawi. Cuma elemen2 nyanyian yg diubah lirik oleh Apek aje menyelamatkan keadaan.

Beberapa scene yg masih aku teringat kat Anugerah Era 06 yg lepas :

1) Zahid yg hampir2 nak jatuh pentas dgn kasut berodanya tu. Waktu dia buat persembahan nyanyi lagu Wo!

2) Seniwati Zaiton yg tersalah sebut Mawi, dikatanya Awie….he, he…Awie mesti bengkak aje sebab takde menang apa2 kategori. Anyway, Zaiton deserve an award sebab lakonan dia memang kita ingati sampai skrg dan dia tak pernah pun menang apa2 award sepanjang kareer nya.

3) Kata2 adik Siti Nurhaliza waktu ambik award yg org salah tafsirkan. “Siti ke Indonesia sebab ada tugas yg perlu diselesaikan!…he, he… Mereka thought dia pegi honeymoon, so definetely she will be ‘selesai’ dgn Dato K tu…! But actually dia ke sana sbb urusan Pantene, kalau tak silap aku.

4) Pakaian vokalis perempuan Ahli Fiqir…mcm jalang sikit. Tapi I know she purposely berpakaian mcm tu. Tapi aku rasa dia ni ada perasan mcm dia tu penyanyi Evanesence la…

5) Dewa menang….yea….! Aku suka sebab Radja tak menang….!

6) Ternampak tunang Mawi, Diana, dtg menonton majlis anugerah tu.

7) Mcm mana pemilihan Lagu Nasyid Pilihan nyanyian Rabbani ? Itu adalah lagu dlm album lama…! Lagu Nawaitu tu adalah lagu dlm album Intifada 5 tahun yg lepas. Era sepatutnya chose lagu yg lebih latest drp Rabbani ni…!

8) Persembahan fesyen yg langsung haram aku tak tau apa kena mengenanya dgn anugerah muzik yg berlangsung. Aku cuba nak open mind aku sikit utk menerima pembaharuan ni, tapi tak boleh…! Memang ntah hapa2 ntah…! Kalau buat fesyen show dicampur dgn tarian2 sikit mungkin relevan la sikit !

9) Aku pernah dgr la lagu Estranged, dan ianya taklah best sangat. Bunyi mcm amatur aje, tapi dah sah2 kemengangan mereka ni disebabkan populariti si Rich tu…huh…

10) Sayang aku tak dpt tgk persembahan lagu Drama oleh Ning, Nikki dan Yannie. Aku dgr best persembahan mereka…takpelah, tunggu ulangan kat channel 15 nanti…

11) Paling aku suka persembahan last 4 band (actually 5 plus Ahli Fiqir); Spider, Pretty Ugly, Sixth Sense dan Pop Shuvit. Yg menariknya masing2 ada identiti tersendiri. Neves dgn gaya coolnya, Tam and the band mcm biasa, tapi aku notice ada pakai celak, Sixth Sense gaya ala2 Radhi OAG, dan lastly Pop Shuvit feat Ahli Fiqir yg very energetic. Bak kata Neves, bukannya band2 kita tak berbakat, malah lagi hebat drp most band2 Indon (with exception of Dewa), tapi aku sendiri pun tak tau mana silapnya.

Overall, aku rasa anugerah kali ni memang takde kejutan langsung. Dari segi presentation pun aku rasa suam2 aje. Mawi ada kata dia nak keluar album baru bulan November nanti, ini maknanya utk thn depan punya Anugerah Era mesti dia tercalon jugak. So, they all sepatutnya tukar nama award show ni kepada Anugerah Mawi next time.

6 comments:

Anonymous said...

mak merembes baca blog uols..

Lord Vorphalack said...

nice try Ijan

Anonymous said...

saje la tu digi nak buat untung fan mawi memang kerja sampingan die undi sms mawi...

Lord Vorphalack said...

yup...pakai aje nama Mawi, semua boleh untung punya...

Anonymous said...

Bukan tunang Mawilah. Dah Xxxxx

Lord Vorphalack said...

ye tak ye jugak....

Bekas tunang Mawi, bukan tunang Mawi...typing error