Sunday, August 06, 2006

Horror Melayu Pulak...!

Aku happy jugak la bila dgr bnyk filem seram Melayu yg akan menyusul pada 2006 dan 2007 ni. Aku rasa inilah entri aku yg pertama pasal filem Melayu. Bukannya aku tak minat, tp aku lebih exposed pada filem2 barat sejak kecik lagi. Tp kalau korang sebut filem Melayu era 80an, mmg aku minat especially arahan Hafsham atau Rahim Razali. So, dua2 pengarah ni dah tak aktif lagi dan skrg filem2 arahan Prof Razak yg monopoli scene kita, which aku tak ambik port langsung. Tp, aku bangga jugak skrg dah bnyk muncul pengarah2 baru yg memberi nafas baru kat bidang perfileman kita, dan yg penting penonton dah mula menerima mereka. Filem2 seram yg akan dtg ni pun bkn calang2 pengarahnya, semuanya hebat2 jugak. Info aku ambik dr Filem Kita.

Zombie Kg Pisang
Sinopsis :
Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam. Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, Bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan telah menyaksikan kejadian itu lalu mengusung mayat Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung. Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang. Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia. Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombie' mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "Zombie-Zombie". Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

Pelakon :
Awie sebagai Hussin
AC Mizal sebagai Mat Karan
Soffi Jikan as Sofi
Que Haidar as Deris
Ezlynn as Cikgu Maimun
Nadia Mustafar as Cikgu Munah

Director : Mamat Khalid

Editor : Gandingan Awie dan AC Mizal kembali lagi. Tp kali ni without Afdlin dan Hans la. Sure kelakar hasil garapan Mamat Khalid ni. Filem ni bukanlah totally horror movie, sebaliknya it is a horror comedy. Mamat Khalid dah biasa dgn filem comedy sinis nya, so kali ni dia try genre horror pulak. Mamat agaknya senang dgn pelakon Que Haidar, dan mengambilnya berlakon sbg watak Deris.

Puaka Tebing Biru
Sinopsis :
Filem ini berkisar tentang Ratna dan Ayu yang berjiran sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah lembut yang bercinta dengan Mohsin. Sementara Ratna, kakak kepada Atilia telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Bagaimanapun hasratnya itu dibantah oleh ahli keluarga. Ratna tetap meneruskan cita-citanya sebagai petugas di unit forensik. Namun hidup Ratna tidak pernah tenteram. Dia sering didatangi bayang seorang wanita dan kanak-kanak perempuan. Lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke kampung. Sewaktu di kampung, Ratna mengalami pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan.
Pengarah : Osman Ali
Lakonan :
Nasha Aziz sebagai Ratna
Umie Aida sebagai Ayu
Fahrin Ahmad sebagai Mohsin
Sharifah Amani sebagai Atilia
Wan Maimunah sebagai Mak Esah
Mislina Mustaffa sebagai Ara
Adik Alisa sebagai Ika
Editor : Skrip Tebing Biru pada mulanya dirancang untuk siaran Odisi, sebuah rancangan telefilem pendek terbitan ntv7. Pengarah kata "Ini bukan cerita seram yang hantu cekik orang atau penonton perlu cari siapa yang jadi hantu. Dari awal lagi penonton sudah tahu siapa yang menjadi hantu kerana plot Puaka Tebing Biru berdasarkan penceritaan". Aku memang tunggu filem ni sebab kalau tgk gambar2 yg dikeluarkan, nampak mcm seram jugak. However, mungkinkah filem ni ikut style filem2 seram Korea…? Sebab elemen2 perempuan rambut panjang lurus ada dlm filem ni…? Kalau korang baca sinopsis pun ada ciri2 filem seram Asian. Tp apa2 hal tunggulah kemunculan filem ni. Pelakon2 pun bkn calang2 org, ada fave actress aku iaitu Umie Aida dan Sharifah Amani.

Gong
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan lima pelajar jurusan seni persembahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Rozan, Mira, Ika, Didi dan Tris dipilih mengadakan lawatan sambil belajar selama tujuh hari ke Jogjakarta, Indonesia. Mira agak pendiam dan berdarah kacukan Indonesia, Tris pula rugged dan agresif manakala Ika gadis lembut dan tidak suka aktiviti lasak. Rozan pula sentiasa menganggap dirinya ketua dan menaruh hati pada Mira. Dia juga tidak percaya dengan hantu. Didi pula lelaki berkaca mata dan penakut. Mereka dibawa melawat Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak zaman kerajaan Majapahit, Matara, Hindu hinggalah zaman Mataram Muslim. Antara puluhan artifek dipamerkan, Tris tertarik dengan gong purba yang kecil dan cantik. Kurator Muzium menerangkan gong purba itu digunakan untuk majlis kraton tetapi sejak hujung kurun ke-17, ia tidak lagi digunakan selepas tragedi membabitkan keluarga pembesar kraton. Sumpahan gong itu terjadi jika ia dipukul lima kali. Pelbagai kejadian berlaku apabila Tris membawa pulang gong itu.
Pengarah : Sandosh Kesavan
Pelakon :
Jehan Miskin sebagai Rozan
Fasha Sandha sebagai Mira
Elyana sebagai Ika
Faizal Yusuf sebagai Didi
Sharifah Sofia sebagai Tris
Editor : Penggambaran filem ini dilakukan sepenuhnya di Indonesia. Mungkin sebab elemen2 mistik di Indonesia lain sikit dr Malaysia, so utk nampak lain dr yg lain, ianya sengaja berlatarbelakangkan Indonesia. Tak bnyk yg aku tau pasal pengarah ni, tp pelakon2 semuanya generasi baru spt Jehan Miskin dan pelakon cun Fasha Sandha.

Susuk
Sinopsis :
Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain... Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.
Pengarah : Amir Muhammad dan Naeim Ghalili
Pelakon :
Ida Nerina sebagai Suzana
Diana Rafar sebagai Soraya
Noorkhiriah sebagai Mastura
Tengku Marina Tengku Ariffin sebagai Sofea
Editor : Ini juga merupakan filem2 yg aku tunggu utk 2006 ni. Actually filem ni dah lama aku dgr tp masih tak muncul2 kat pawagam. Pengarah hebat Amir Muhammad sure akan buat kelainan pada filem ni. Kalau korang tgk poster2 dan websitenya, korang akan nampak something yg different. Filem ni must not take for granted. Pelakon hebat Ida Nerina memegang watak Suzana. Pemilihan pelakon sgt tepat sbb Ida ni mmg nampak unsur2 seramnya kalau berlakon. Nama wataknya pun Suzana, teringat aku pada horror queen Indonesia by the same name.
Jari Hantu
Pengarah :
Shuhaimi Baba
Pelakon : Maya Karin
Editor : Following the success of PHSM, Shuhaimi Baba kembali dgn Jari Hantu. Masih mengekalkan actress Maya Karin yg dah sinonim dgn watak hantu. Tak dpt bnyk info pasal filem ni, dan aku rasa lambat lagi release.

Dukun
Sinopsis :
Di sebalik tirai besi dan tali gantung yang menyeramkan, seorang wanita berbaju labuh muncul di hari akhir sebelum riwayatnya ditamatkan. Semuanya gara-gara perbuatan kejamnya membunuh banyak nyawa kerana mengamalkan ilmu hitam. Dukun wanita puak Batak bernama Diana itu merupakan ratu tuhan ular yang penuh misteri, berumur panjang tetapi tidak pernah tua dimakan usia. Penampilannya sebagai seorang penggoda berjaya memikat ramai lelaki tetapi tiada siapa sangka dia seorang pembunuh yg mahu dipuja tetapi dlm waktu yg sama ingin digeruni.
Pelakon :
Umie Aida
Pengarah :
Dain Iskandar
Editor : Filem ni dpt inspirasi dr kisah Mona Fandey, walaupun pengarah menyatakan yg sebahagian scene saja yg mempunyai persamaan dgn kisah Mona. Dukun mempunyai kehebatannya sendiri dan most of the location is in Penjara Pudu yg mmg menyimpan pelbagai rahsia dan sejarahnya sendiri. Filem ni difahamkan akan menemui penonton penghujung tahun ni.

14 comments:

Anonymous said...

Aku bukan nak cakap pasal horror Melayu, tapi nak jawab pasal Starlight Cinema yg ko tanya tu. Menurut complimentary pass filem Click kata, kalau hujan, tayangan still akan diteruskan. No cash refund will be provided. Kalau utk tayangan berbayar, tak tahu pulak aku. Kena tengok kat website dia.

Lord Vorphalack said...

takpe...apa2 kau nak cakap pun takpe.

actually aku tanya yg berbayar tu, coz harga tiket dia mahal jugak.Lg satu bengong PC office aku ni tak boleh access Starlight website, semua website entertainment kena block!

Thanks, Mensh.

Edd Vedder said...

Susuk is the one. Ada mistik di sebalik garapan Amir Muhammad. Lagipun subject matter cerita Susuk mmg dah lama wujud tapi x pernah dikupas oleh pengarah lain.

BTW, ada rakan baik aku terlibat dgn produksi Dukun dan dia mengatakan Umie Aida gave the performance of her lifetime. Looking forward to that too..

I will only watch Gong for one reason. Sharifah Sofia amazing chest. hehe.

Lord Vorphalack said...

Nampak gaya Umie Aida lakon 2 horror film thn ni. Aku actually heran jugak Amir Muhammad buat filem horror pulak. I mean setau aku dia tak pernah buat this genre of film.

And yes, I also can't get my eyes off sharifah sofia's huge B**bs!!!

maddox said...

Susuk : ade ida nerina.

Gong : fasha sandha + sharifah sofia

Dukun : umie aida

puaka tebing biru : umie aida

what more could u ask for, huh?

Lord Vorphalack said...

kau lupa masuk Maya Karin : Jari Hantu...!I like...!!!

Zack said...

Zombie Kg Pisang : Arahan Mamat Khalid
Susuk : Arahan Amir Muhammad
PTB : Fahrin Ahmad
Gong : Jehan Miskin. Dan Sharifah SOOfia, hehe...

Too many to watch, too little time...

Lord Vorphalack said...

itu la pasal...

dah la DVD berlambak2 kat rumah tak tgk2 lagi...nak layan wayang lagi

buatnya mcm kita yg dah ada anak ni kan, Zack...

maddox said...

U like that Jehan Miskin izzit, zack? yuckz!

Lord Vorphalack said...

his eyebrow is a bit scary la...!

maddox said...

not just that lah. Aku rasa dia ni perasan macam heart throb or some hunk aje. As if!

tapi kakak dia cun wooo!

Nazri said...

GONG la wei

Elyana!

wohoho!

Lord Vorphalack said...

Elyana...???

Sharifah Sofia rulez...!!!

maddox said...

Elyana sucks!