Tuesday, August 22, 2006

Search - Gothik Malam Edan (2006)


Aku bukanlah peminat fanatik kumpulan Search tp aku boleh dikatakan loyal fans mereka waktu zaman kegemilangan mereka thn 80an sehinggalah sampai album Rock N Roll Pie. Lepas tu berlambak2 kompilation dan live album dari mereka yg menghidangkan lagu balik2 dan aku jadi bosan. Tambahan pulak album Rock N Roll Pie, mmg tak memuaskan hati aku. Tapi entah kena aku berminat sgt nak mendengar album Gothik Malam Edan ni. Mungkin kerana tajuk albumnya kot, atau mungkin rindu sgt dgr lagu baru dari Search. Sebelum ni mereka ada ura2 nak keluar album Empayar Garden, around 2 thn yg lepas tp tak tau apa jadi. So, aku tak taulah whether album Gothik ni adalah actually album Empayar Garden. Anyway, yg penting aku ulas album terbaru mereka iaitu Gothik Malam Edan ni.

Album ni di produce oleh Edrie Hashim. Org yg bertanggungjawab terhadap album solo baru Awie dan menghasilkan lagu Iris. Overall aku rasa album kali ni lebih ‘keras’ atau dlm kata lain ‘hard rock’. Tp aku lebih suka define album Search kali ni sebagai ‘progressive rock’. Album ni jauh lebih advance drp sebelumnya. Tp persoalannya, bersediakah pendengar2 atau peminat2 menerima kemajuan yg ada dlm muzik Search kali ni…? Aku cadangkan korang jgnlah dengar sekali aje dan terus membuat rumusan album ni kurang memuaskan. Utk sesuatu perubahan, kita mesti buka minda dan mencuba beberapa kali utk keserasian. Lagipun pada aku album ni bukanlah terlalu bnyk perubahannya. It is still old Search especially kalau korang dgr skill mereka bermain. Kali ni takde Kid ataupun Din. Tempatnya digantikan oleh Hillary, tp masih berbisa dgn riff2 yg mautnya. Kalau nak bandingkan skill Search dgn band2 Indonesia, honestly say, memang jauh panggang dari api!

Album ni start dgn lagu Memoria Anna, yg merupakan single ke 2 mereka. Sebuah lagu yg mula2 susah aku nak terima rentaknya. Tp dah beberapa kali mendengarnya, barulah aku boleh terima. Lagu ciptaan Edrie ni ada unsur2 heavy & grunge, kalau lagu ni tak kira vocal Amy Search, aku rasa mcm dgr lagu kumpulan Alice in Chain. Lagu ni agak unik sbb ada masukkan unsur2 drama dgn dialog pergaduhan antara Adam dan Anna which I think si Adam tu bunuh diri in the end…??? Kadang2 dgr lagu ni rasa mcm soundtrack utk filem pulak, tapi elemen2 ni membuatkan lagu ni sangat dramatik.

Permulaan lagu Gothik Malam Edan, reminds me of kumpulan ‘underground’ atau lagu Death Metal pulak. Ini satu lagu favourite aku dlm album ni, sebuah lagu yg keras dan progressive. Riff yg sgt catchy tp sikit tak puas hati pada ending lagu ni yg tiba2 fade begitu aje. Hear & there ada kedengaran suara2 mengerang dan ‘howl’ Amy tu menonjolkan lagi elemen2 glam rock atau 80’s rock!

Ampun adalah sebuah lagu ciptaan Baim anggota kumpulan Ada Band. Sebuah lagu rock yg tak keras dan tak lembut, sederhana aje. Bnyk unsur2 folk dlm lagu ni, dan kadang2 memang ada style band Indonesia pun.Track ke 4 adalah sebuah lagu heavy utk single pertama mereka iaitu Yin & Yang. Aku tak berapa layan lagu ni walaupun heavy, entahlah, aku tgk lagu2 ciptaan M.Nasir dlm album Gothik ni kurang menyengat la…atau mungkin lagu ni memerlukan penghayatan beberapa kali dulu. Selain tu M.Nasir juga kontribute utk lagu Menawan Raga (which is s typical Search’s ballad – ala2 Rozana or Gadisku) dan Penjaga Rahsia (a heavy number).

Ada juga dimasukkan elemen2 mystic dlm lagu Gurindam Cinta Khayam. Lagu ni ada backing vokal wanita dan menjadikan lagu ni agak istimewa. Nyanyian dan lenggok Amy juga berbeza dlm lagu ni. Again, I feel like hearing a ‘gothic underground’ band in this song. Lagu Lara Tari Pencinta adalah satu lagi favourite track aku. Lagu ballad ni ada keistimewaannya yg tersendiri. Kita dengar kelainan gitar riffingnya, goreng Hillary yg mcm Malmsteen, aku describe lagu ni mcm rock opera sikit kerana ada masuk elemen2 cello dan string mcm orchestra sikit.

Lagu terakhir iaitu Nyata dan Maya merupakan lagu simple dan mellow. Sesuai la utk merehatkan telinga kita setelah bingit dgn irama2 keras Search tu. Again, suara Amy agak berbeza dan lebih santai. Lagu ni pada pendapat aku seolah2 bkn lagu Search tp lebih kepada lagu2 utk album solo Amy.

Anyway, aku tak fahamlah kenapa setengah org susah sgt nak menerima album ni. In my opinion, album ni tak jauh lari drp album terdahulu Cuma soundnya is more polished, solid dan more heavy. Ini membuatkan lagu2 dlm album ni heavy dan berkualiti drp album terdahulu. Seperti kata Edrie, “the most ambitious Search album to date!”. Search kena maju dan buat something different, takkan lah nak stay di takuk lama lagi. Tapi yg paling penting semangat rock mereka tak hilang. Cuma sesekali aku rasa some of the heavy song kedengaran lebih kurang sama antara satu lagu dgn yg lain, rasanya tak payah lah aku mention lagu yg mana.
In short, susah nak jumpa album rock mcm ni lagi di pasaran Malaysia. Kebanyakan band2 termasuklah luar negeri dah start main modern rock campur elemen2 hip hop la…rap la…so in short Gothik Malam Edan akan satisfy peminat2 ‘otai’ rock seperti aku ni ! Aku bagi :

*** ½ / *****



2 comments:

Anonymous said...

u have a great blog. I love to read the blog and entry. It's one of the greatest blog I have ever stumbled upon.

Lord Vorphalack said...

pengumuman...comment di atas adalah saudara maddox yg saja nak buat jokes yg tak kelakar...!